Rekomendasi keatas cabaran yang Wujud
- Pemeliharaan adat perkahwinan tradisional melalui pendidikan
Pendidikan merupakan satu alat yang medium yang kuat untuk memartabatkan adat resam perkahwinan tradisi yang bernilai ini.Kerajaan, teruatama sekali wajar untuk menerapkan pendidikan berkenaan dengan tradisi adat perkahwinan kepada kanak-kanak dan remaja seawal sekolah rendah atau menengah rendah.Cara yang paling efektif adalah dengan menanamkan sukatan pelajaran mengenai adat resam perkahwinan tradisional dalam kurikulum rasmi pendidikan mereka.Sebagai contoh dengan mengadakan sukatan pelajaran Pendidikan Sivik yang khas untuk mempelajari pengetahuan am berkenaan dengan negara mereka termasuklah mengenai upacara tradisional perkahwinan itu sendiri.Lebih menarik, sukatan praktikal juga boleh diterapkan dengan tugasan menyembahkan semula upacara tersebut di sekolah. Ini termasuklah dari segi lakonan pengantin , busana , proses, hiasan dan sebagainya bagi memeriahkan penyampaian pembelajaran.Melalui cara ini, anak-anak muda akan lebih menghargai keindahan budaya itu sendiri dari usia muda.
- Peranan media dalam memelihara budaya dan warisan
Kerajaan melalui jabatan atau kementerian yang lebih tepat perlu lebih aktif dalam mempromosikan adat perkahwinan tradisional melalui laman web rasmi kerajaan , penyebaran iklan di televisyen, dan sebagainya. Sebagai contoh, Kementerian Budaya bekerjasam dengan Kementerian Media dan Telekomunikasi untuk melancarkan kempen budaya yang lebih menggalakkan penyebaran info menarik mengenai apa-apa adat dan resam di Kemboja termasuklah perkahwinan tradisional. Dengan usaha galak kerajaan , ia bukan sahaja menjadi pemangkin kepada pembudayaan adat resam tradisional yang lebih giat, tetapi juga menjadi medium informasi kepada orang luar yang ingin mempelajari tradisi upacara perkahwinan di Kemboja.Tidak lupa juga, kerajaan harus mengikuti perkembangan semasa, dengan menjadi lebih kreatif untuk mempamerkan tradisi upacara ini melalui media sosial seperti Facebook, Instagram, atau bahkan Tik Tok.Menjadi satu kepentingan yang amat untuk kerajaan mempunyai platform yang berbeza untuk menjangkau khalayak yang berbeza-beza. Sebagai contoh, untuk mendekati remaja , platform yang lebih fresh wajar digunakan.Sebagai contoh , dalam mempromosikan busana perkahwinan tradisional Kemboja, video seperti dibawah boleh diadaptasi untuk mendekati para remaja dan belia untuk lebih menghargai keunikkan budaya sendiri.
- Peranan masyarakat awam dalam memelihara warisan dan budaya
Buat pasangan sendiri, demi memartabatkan warisan unik ini, wajarlah untuk memilih perkahwinan yang bertemakan tradisional .hal ini adalah untuk untuk menjaga kebiasaan dan menghidupkan semula tema perkahwinan tradisional ini. Atau sekiranya mereka tidak cenderung untuk memilih tema tradisional sepenuhnya, mereka boleh menyatukan antara dua budaya. Sebagai contoh, perkahwinan bertema Kamboja-Inggeris.Ini bagi menunjukkan kebanggaan terhadap warisan tradisional sendiri dan demi memaparkan kepada orang luar tentang kecantikan adat resam dan proses upacara perkahwinan Kemboja. Selain itu, ibu bapa berperanan untuk mendedahkan anak-anak kepada acara perkahwinan.Ini boleh dilakukan dengan menggalakkan anak ikut serta dalam majlis sekiranya dijemput. Pengajaran secara tidak formal adalah dengan menjelaskan kepada mereka proses, kepentingan, perhiasan yang digunakan dalam upacara perkahwinan tradisional Kemboja. Secara tidak lansung, ibubapa telah mewujudkan rasa penghargaan terhadap adat resam dalam perkahwinan Kemboja dalam diri anak itu sendiri.
Comments
Post a Comment