Konklusi

Sebelum melabuhkan tirai, berikut merupakan beberapa highlights dalam upacara perkahwinan Kemboja.

Walaupun beberapa majlis perkahwinan di Kemboja sejak kebelakangan ini mengadopsi gaya Barat, masih ada beberapa upacara yang masih diteruskan.Berikut adalah beberapa contoh:

  •  Penggunaan bunga sawit sebagai cara untuk memberkati pasangan muda dan tanda niat baik.
  •  Terdapat 4 lagu penting yang dinyanyikan semasa upacara dan ini termasuk Bay Khon Chang Dai, Bangvel Po Pil, Kang Saeuy, dan Phay Cheay yang masih bergaya.
  •  Jamuan terdiri daripada tarian, banyak makanan, dan muzik. Hidangannya sangat rumit, namun ia cenderung tradisional dalam bentuk dan bentuk. Hidangannya terdiri dari ikan, daging, buah-buahan, sayur-sayuran, dan gula-gula .
  •  Warna sangat penting, namun kod warna tidak begitu penting seperti yang anda harapkan. Secara amnya, orang Kemboja menggunakan warna untuk menentukan kesejahteraan dan kekayaan daripada memberikan beberapa makna khas kepada mereka.
  •  Pengantin baru seharusnya tinggal bersama ibu bapa isteri di mana menantu harus menolong dan menolong ayah isterinya

Seorang lelaki Khmer tidak boleh hanya mengambil seorang isteri tanpa menjalani prosedur adat yang betul. Sama seperti adat-adat perkahwinan di negara lain, prosesnya adalah rumit dan sangat teliti.Memandangkan negara Kemboja merupakan negara yang kaya dengan nilai tradisi dan pegangan kepada adat yang kuat, upacara yang bermakna seperti perkahwinan elok jika mengikuti cara tradisional. Ini adalah bagi mendapat berkat daripada rahib dan melalui proses yang disenangi oleh kedua orang tuanya . Walaupun begitu, oleh sebab keunikkan dan proses yang rumit inilah yang menjadi satu warisan yang harus dijaga dan diperturunkan ke generasi seterusnya. Ini adalah supaya mereka dapat berbangga dengan identiti sendiri yang dimiliki dan seterusnya lebih menghargai budaya mereka sendiri.

Sebagai seorang pelajar , dan berbangsa Khmer sendiri, ini merupakan satu peluang yang amat bernilai  untuk saya lebih pelajari tentang budaya dan adat sendiri disamping mempromosikan keunikkan upacara perkahwinan tradisional di Kemboja.Sepanjang tempoh yang diberikan untuk menyiapkan tugasan ini, saya telah mempelajari 1001 perkara daripada pembacaan rujukan yang berbeza. Tugasan EIX2002 Indigenous Knowledge ini merupakan satu inisiatif yang baik untuk memupuk belia mengkaji dan menyampaikan pengetahuan asli tentang tajuk pilihan masing-masing. 

Terima kasih atas masa yang diluangkan untuk membaca entri saya di blog ini!

Comments

Popular Posts