Cabaran Memartabatkan Adat dan Budaya Perkahwinan Tradisional
Cabaran dalam Memulihara Adat Resam Perkahwinan Tradisional
- Pemodenan dan globalisasi
Pemodenan dan globalisasi telah menyebabkan perubahan yang besar dalam adat resam perkahwinan tradisional Kemboja. Walupun tiada statistik yang dapat membuktikan kenyataan ini, dapat dilihta dalam tren kini bahawa pasangan muda cenderung untuk menerapkan budaya Barat. Ini dapat dilihat dalam perubahan pengenaan pakaian/busana pengantin.Sebagai contoh, pengantin lelaki mengenakan busana pengantin moden dan berkarisma iaitu tuksedo lengkap. Bagi pengantin perempuan pula, mereka mungkin mengenakan gaun pengantin dengan sentuhan moden yang mewah. Jika dilihat dan dibandingkan , tren ini adalah kerana keperluan busana pengantin yang lebih ringkas berbanding busana tradisional. Semakin lama, kita dapat melihat penurunan penggunaan busana tradisional Kemboja itu sendiri dalam upacara perkahwinan.
- Pasangan mengelakkan proses perkahwinan yang merumitkan
Upacara perkahwinan tradisional Kemboja terdiri daripada proses yang sangat rumit dan terperinci .Ianya boleh memakan masa selama 4 - 5 hari.Sebagai contoh, upacara minum teh ,upacara memotong rambut , upacara mengikat simpul, menyalakan lilin untuk melindungi dari kejahatan, harus melalui proses mendapatkan berkat dari para rahib, dan upacara ini tidak berhenti disini. Proses ini memakan masa dan juga memerlukan alatan keperluan tradisional yang sangat teliti dan rumit. Oleh itu,ramai pasangan yang cuba untuk mengelakkan proses yang kompleks ini.
Cabaran Dalam Mempromosikan Adat dan Budaya Kemboja di Mata Dunia
- Penguasaan bahasa Inggeris yang lemah
Kemboja merupakan antara negara yang termundur di dunia.Oleh itu, tidak begitu banyak orang Kemboja yang mempunyai pendidikan
yang baik. Kebanyakan mereka tidak dapat bertutur / membaca / menulis dalam
bahasa Inggeris. Oleh itu, sekiranya mereka memahami budaya mereka dengan
baik sekalipun, mereka tidak dapat menunjukkan adat perkahwinan mereka melalui penulisan dan mempromosikan budaya mereka dengan baik dan berkesan.Ini menjelaskan kekurangan sumber adat perkahwinan tradisional Kemboja yang dapat
dijumpai.
- Kurangnya promosi melalui laman web rasmi Kerajaan
Penulis tidak dapat menemui banyak maklumat mengenai adat perkahwinan tradisional Kemboja di internet.Walaupun mereka mempunyai laman web rasmi untuk mempromosikan budaya tradisional, tidak banyak maklumat yang dapat diambil daripadanya.Ini mencetuskan kesukaran bagi orang bukan Kemboja untuk mempelajari secara mendalam mengenai budaya tersebut.
Comments
Post a Comment